Tuesday, September 30, 2014

Ya, ini post pertama saya.

Assalamualaikum.

hi. hello. ola. hallo.

Taaruf? Pecahkan ais? 

Nama aku, sama dengan emphasis di blog title aku.

"Itu Lukman Hakim-lah!"

Itulah nama aku,
Lukman Hakim b. Abd Rahman b. Ahlan b. Abd Rahman.
(ye, nama Abd Rahman dua kali)

Aku (saya) tinggal di sebuah daerah yang cukup best, jika pandai mensyukuri tempat ini, 
Gombak, Selangor.
Di mana ianya tak jauh dari bandar, sempadan je dari KL.
Rumahku just nice.
Dekat dengan sekolah adik2 aku, dekat dengan universiti aku.
Anginnya nyaman2, turun dari tanah tinggi Genting, Cameron, dan bukit itu ini yang mengelilingi daerah ini.

Kini aku baru (pada saat post ini sedang ditaip) memulakan Semester pertama, tahun pertama aku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
IIUM. UIAM.
"Garden of Knowledge and Virtue."

Lahir pada tahun 1994, hari ke-dua-belas dalam bulan Disember.
Birthday aku memang lambat. 

"Kenapa kau nak ada blog ni?"
"Bapak rajin kau nak ada blog..."

Itulah antara soalan2 yang aku akan dengar bila aku cakap "aku teringin nak ada blog la".
Ada banyak sebab aku nak ada blog ni, tapi semua sebab2 tu disokong oleh satu statement yang menarik dari lecturer subjek "Principles and Practice of Management" aku.
(aku bukan budak kulliyah econs)
Dia bagi assignment yang "bukan buku teks" punya, iaitu buat diari.
Katanya diari ini ada kelebihan2nya yang bagus untuk kau, kau dan kau.
ah, senang cerita, aku memang nak ada blog. sebab aku nak.
aku tak reti sangat berblog, aku bukan terer berblog mcm org2 pemes kat internet tu.
tapi, aku nak.
aku nak tulis apa yang aku nak tulis dalam blog ini, supaya boleh suatu masa nanti, aku nak imbau balik segala kenangan hidup yang aku lalui, aku boleh baca balik blog aku.

haha.
kenapa post ni makin semacam je.
abaikan.

ya, inilah usaha aku untuk hasilkan blog.
"Achievement unlocked : 'Look mom, I now have a blog!'"

moga2 aku boleh rajin2 tulis mecoret menegepos kat blog aku selepas dari hari post ini dibikin. mungkin tak serajin sekerap seupdate orang lain, tapi ya, harap2 ada komitmen la. untuk aku jugak nanti, bila dah tua.

kalau anda ada sedang baca pos ini, dan anda ada blog, nak kongsi, meh la.
dah la bloglist sunyi sepi je. haha.

lapar, nak buat megi.
sayonara, sampai berjumpa lagi.

Assalamualaikum.
:)